Tuesday, February 1, 2011

Mesyuarat JK Pengelola 1

Pada 26 Januari 2011 telah diadakan mesyuarat 1 Pertandingan Liga Hoki SBP Zon Selatan B18. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh GPK Ko Kurikulum, Tn Hj Jihan Othman di hadiri oleh semua ketua JK bagi membincangkan tugas dan perjalanan pertandingan yang akan diadakan pada 23 -27 Februari 2011

MOZAC Tuan Rumah Hoki SBP Zon Selatan B18 2011

Sekali lagi MOZAC telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Liga Hoki Zon Selatan B18 2011. Pertandingan yang akan diadakan pada
23 - 27 Februari 2011 akan disertai oleh 14 buah SBP Zon Selatan. Lebih 500 orang pemain, jurulatih, pengurus dan guru akan berkampung di MOZAC selama 5 hari. Venue pertandingan ialah di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka.Diharap semua pasukan akan bertanding dengan penuh semangat kesukanan dan SBP Zon Selatan dapat menghantar wakil ke pertandingan di peringkat kebangsaan nanti